Salam semua,

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang tips pemilihan nama domain yang sesuai untuk blog atau website anda. Pemilihan domain yang sesuai ini sangat penting untuk penjenamaan blog anda dan untuk menarik trafik yang tinggi.

Antara tipsnya adalah

1) Pilih Domain Yang Berakhir dengan .com  atau .net

Domain yang berakhir dengan .com adalah yang standard dan senang untuk diingat. Cuba bayangkan kalau kawan anda bagi tahu nama blog dia, azlanraof.name bukankah itu sukar untuk diingati dan agak pelik bunyinya.

Cuba dia beritahu azlanraof.com, senang sikit nak taip bukan. Cool dan sedap didengar nama .com. AzlanRaof pun cool juga :)

Ada seorang kawan saya, mula-mula saya belikan dia domain zamriz.com, dia seorang photographer. Semua koleksi gambar dia mempunyai logo zamriz.com. Lepas setahun dia lupa nak renew, akhirnya zamriz.com kena lelong. Nasib dia tak baik sebab ada company luar negara yang berminat dan beli.

Sekarang saya belikan dia zamriz.net sahaja. Dia pun mengadu nama domain tak best. Nak buat macam mana, kalau nak beli balik zamriz.com tu kena bayar beribu USD. Sudahnya, habis logo semua kena tukar. Blog lama pun berkubur. Sudah nasib badan.

Saya nak nasihatkan, jangan abaikan untuk renew domain .com kita, nanti kena lelong, memang nasib tak baik. Bila nama domain itu dah hilang, brand kita pun akan hilang sekali. Kena build up dan buat marketing balik.

Pilihan pertama, dapatkan domain .com, kalau sudah tiada pilihan barula ambil .net

Ada banyak lagi akhiran domain ini, antaranya .biz .info .org .my dan .tv. Kalau anda rasa sesuai dengan niche blog anda atau website anda silakan. Tiada siapa menghalang.

Untuk pengetahuan, domain .my mahal sedikit. RM 120 setahun.

2) Domain biarlah RINGKAS

Saya teringat dulu masa nak daftar domain syarikat, nama syarikat RE Millennium Sdn Bhd. Saya tanya bos hendak letak nama apa untuk domain, saya cadangkan rem.com sahaja. Dia berkeras jugak remillennium.com.

Saya ikutkan sahaja,tapi dalam hati, berapa punya panjangla nama domain. Orang hendak taip pun susah, boleh salah eja. Sebaik-baiknya biarlah kurang dari 13 huruf kerana menurut pakar psikologi, manusia malas/sukar/susah untuk menaip perkataan lebih dari 13 huruf apa lagi mahu untuk simpan dalam minda.

Contoh kes nama domain syarikat lama saya, remillennium.com. Perasan atau tidak ejaannya ada dua L dan dua N. Saya yang daftarkan domain itu mestilah saya tahu kan. Kalau pelanggan atau supplier yang taip, mesti tidak jumpa website syarikat kami.

3) Nama Domain yang membawa MAKNA dan Catchy!

Macam contoh saya, saya pilih nama saya sendiri. Domain itu adalah nama saya. Mudah dan senang untuk diingati.

Domain yang ada makna pula lebih sesuai untuk memperkenalkan bisnes atau jenama anda.

Contoh Sempoihosting.com, orang ramai tahu website ini menawarkan perkhidmatan hosting yang sempoi dan flexible.

Contoh lain pula yang lebih catchy, Godaddy.com. Senang untuk kita ingat. Kalau kita dengar nama domain , sudah pasti kita tidak tahu apa servis yang ditawarkan. Tapi kita mesti ingin klik atau google untuk tahu lebih lanjut sebab namanya yang creative.

Nama domain ServerFreak juga lain dari yang lain sebab ada freak di hujungnya. Bila kita baca ada perkataan server mesti dalam kepala kita ingat ada kaitan dengan hosting bukan.

Nama domain yang ada makna dan catchy, lebih menarik minat untuk pelawat klik ke website atau blog anda. So, be creative.

4) Nama Domain yang ada Keyword niche anda

Tips ini lebih kepada untuk optimisekan website anda di Google atau enjin carian. Nama domain yang ada keyword niche tertentu akan membantu dalam untuk berada di page pertama Google.

Apabila website anda tersenarai dalam 10 page pertama Google, pembaca akan klik kepada domain yang related dengan keyword yang mereka cari.

Contohnya saya mencari hosting murah Malaysia, dan result di Google adalah seperti di bawah. Yang mana yang saya akan pilih ?

Biasanya saya jarang klik iklan yang ada di bahagian atas, sebab kurang yakin. Mereka berada disitu sebab iklan berbayar. Saya mesti pilih antara syokhost.com dan Sempoihosting.com.

Kebarangkalian besar saya akan klik sempoihosting sebab ada dinyatakan harga hosting semurah RM 9 setahun. Ok, ini adalah contoh nama domain yang relevan dengan service dan keyword.

5) Elakkan nama domain yang mempunyai bunyi sama tetapi ejaan berbeza.

Contohnya ialah kalau kita beritahu kawan kita nama domain kita, matjambu.com. Kawan kita mesti tanya, macam mana eja. Mad ke ? Md ke? atau mat ?. Boleh jadi confuse kita.

Contoh lain ialah meerebus.com, mee ke? mi ke? me ?

Lebih baik elakkan nama domain yang sebegini untuk mengelakkan kekeliruan dan anda mungkin kehilangan potential customer.

Sampai di sini dulu perkongsian saya untuk 5 Tips untuk Memilih Nama Domain. Bertemu kita lagi di entri akan datang. Selamat mencuba.

Dapatkan 3 Premium Wordpress Theme FREE

Dapatkan 3 Premium Wordpress Theme FREE

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!