Apa beza Domain dan Hosting

      No Comments on Apa beza Domain dan Hosting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perkongsian saya untuk kali ini ialah Domain dan Hosting. Apa beza domain dan hosting?

Percaya atau tidak, itu adalah soalan pertama saya ketika mula-mula mengenali website dan blogging pada 2005. Memang zero waktu itu, semangat ingin tahu melonjak-lonjak dalam diri.  Soalan saya tanyakan di suatu forum internet, tapi tiada siapa yang menjawab. Tidak lama selepas itu ramai yang perli, suruh google sendiri, RTFM dan macam-macam lagi. Budak baru belajar katanya, malu bertanya sesat jalan. Mungkin juga saya salah forum, main redah sahaja. Salah saya juga.

Namun dari situ saya bertekad untuk belajar sendiri, guru saya adalah Google. Selepas baca praktikkan, baru faham. Macam-macam perkara yang saya try and error. Kadang-kadang jadi, tapi selalunya habis rosak database blog. Jenis malas nak beli ebook atau buku, baca-baca di internet konon-konon dah pandai. Begitulah nasib diri saya. :)

Oleh itu entri kali ini agak basic sahaja untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ini. Mungkin ada yang dah expert, sudah ada berpuluh-puluh website, tahniah saya ucapkan.

Domain dan Hosting ini boleh diibaratkan seperti alamat dan rumah anda. Apabila orang taip sahaja alamat anda di internet browser contohnya azlanraof.com, browser internet akan paparkan rumah/laman saya ini. Mudah bukan, jika tersalah tulis alamat rumah anda, pastilah surat atau dokumen penting tidak sampai ke rumah anda, Begitulah jika tersalah taip domain anda, browser tidak dapat pergi ke website anda. Contohnya aslanraof.com, browser akan berikan jawapan the webpage is not available.

Kalau anda ada rumah tetapi tiada alamat bagaimana orang mahu melawat. Kalau ada alamat tetapi tiada rumah, pelawat akan sesat juga. Oleh itu, domain dan hosting ini bergantung antara satu sama lain. Anda perlukan kedua-duanya untuk membina website atau blog anda. Domain membolehkan untuk pelawat untuk sampai ke website anda dengan mudah. Hosting pula tempat anda simpan data, imej dan data base fail anda. Semakin besar hosting anda semakin besarlah, file data yang anda dapat simpan.

Dapatkan Percuma

Anda boleh dapatkan domain dan hosting percuma dengan blogspot atau wordpress.com. Anda boleh membuat blog dengan percuma di sini, tetapi pilihan agak terhad. Dari segi tema dan plugin. Nama domain anda pun akan terhad contoh azlanraof.blogspot.com atau azlanraof.wordpress.com.

JIka anda mahu domain seperti saya, azlanraof.com kenalah keluar belanja sedikit. Beli domain sendiri dalam RM 50 setahun. Boleh dapat murah lagi jika ada promosi atau voucher code.

Anda juga boleh beli domain dan gunakan platform blogspot untuk hosting anda. Jimat sedikit. Blogspot mempunyai storage yang besar juga dalam 15 G untuk satu akaun. Nanti kita akan bincang lebih lanjut perbezaan antara blogspot percuma dengan blog di hosting berbayar dan cara-cara membuat blog percuma di blogspot.

Dimana Saya Boleh Beli Domain dan Hosting ?

Banyak syarikat tempatan dan luar negara yang menjual perkhidmatan domain dan hosting ini. Pelbagai tawaran dan pakej menarik disediakan. Tetapi awas, pakej murah tak semestinya sesuai untuk kita. Selidik dulu review di forum-forum internet tentang syarikat yang menawarkan perkhidmatan menjual domain dan hosting ini.

Saya hanya akan kongsikan syarikat-syarikat yang saya sedang langgan untuk berlaku adil. Dulu saya ada langgan dengan syarikat biasa, pakej murah. Pada mulanya tiada masalah. Sebulan dua, website selalu down dan bila create ticket dan telefon tiada jawapan. Sudahnya saya tamatkan perkhidmatan dan bertukar kepada ServerFreakDulu nama dia webhosting Malaysia, saya baca di forum ramai yang rekomen bagus.

ServerFreak telah saya langgan sejak dari tahun 2008 lagi. Memang puas hati. Sebab maintenance support dia tip top. Kebetulan saya kenal salah seorang bos dia, Sam. Saya add terus dia dalam Yahoo Messenger. Lagi senang, apa-apa masalah terus hantar mesej. Dulu saya ada masalah sebab storage dah nak penuh, database missing la, error log tak clear la. Maklumlah, newbie semua nak cuba. Semua saya tanya dia, terus dia selesaikan.

Itu dulu la masa ServerFreak baru lagi, sekarang dia sudah bos besar. YM pun saya sudah tidak pakai lagi dan dia pun jarang online. Kebetulan baru-baru ini saya ada masalah dengan plugin Jetpack sebab ada isu server. Puas saya google masalah Jetpack ini, tapi gagal. Ingat dah terror sangat. Akhirnya saya ambil keputusan untuk hantar support ticket. Support team reply, terus settle. Memang pantas.

Nampak berlebih-lebihan pulak, tapi saya cuma kongsikan pengalaman saya sahaja. Pilihan di tangan anda. Pilih pakej yang sesuai berapa saiz hosting yang sesuai untuk anda. Ada pelbagai pakej yang ditawarkan, paling murah untuk pakej student RM 99 setahun. 3 GB storage berharga RM 100 setahun, 10 GB RM 180 setahun sehingga 100 GB RM 1,200 setahun. JIka anda rasa mahal untuk permulaan saya cadangkan SempoiHosting.

SempoiHosting lebih flexible untuk newbie kerana pakej yang ditawarkan berpatutan. Untuk pengetahuan anda, AzlanRaof.com ini saya langgan dengan SempoiHosting. Terdapat 3 Pakej iaitu Flexible, eXtra dan Super eXtra. Untuk pakej Flexible, anda boleh langgan hosting semurah RM 9.00 setahun untuk 10 MB hingga RM 105 bagi 150 MB setahun. Storage lebih besar juga ditawarkan sehingga 10 GB untuk RM 500 setahun. Saya melanggan pakej eXtra, RM 150 setahun. Setakat ini tiada masalah lagi, owner dia pun selalu hantar email susulan dan panduan tentang hosting dan domain. Buat yang tidak mengenali pemilik SempoiHosting, pemiliknya adalah En Shuths atau Mohd Suhaimy Abu Bakar, founder Cyberwang.com. 

Untuk pembelian domain pula, anda boleh dapatkan dari syarikat hosting terbabit, sama ada anda mahu .com, .net, .biz atau pun .my. Kalau yang berakhir dengan .my agak mahal sedikit, dalam RM 120 setahun. Saya ada juga membeli domain di Godaddy, syarikat antarabangsa. Domain masih murah tetapi hosting agak mahal berbanding Serverfreak dan Sempoihosting. Saya beli domain di Godaddy dan link kan kepada blog saya di blogspot.

Pilih mana-mana nama yang sesuai dengan niche blog anda. Jangan pulak nama domain awekcomel.com tapi cerita pasal kereta.

Sekian dulu dari saya, kalau ada manfaat sila kongsikan, kalau ada teguran, komen, pendapat yang boleh kita kongsi, saya sentiasa mendengar.Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *