Hidup Untuk Memberi

      No Comments on Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi,

azlanraof

Terlebih dahulu biarlah saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu, nama Azlan asal Johor, bekerja sebagai Mr Mama di Turki setelah bekerja sebagai seorang Technician di Selangor. Berkeluarga dan mempunyai seorang anak.

Berkongsi Idea

Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya sebagai seorang blogger yang ingin mencari duit online. Saya ambil keputusan untuk membuat blog baru ini dalam bahasa Melayu ini supaya lebih senang untuk saya menulis dan berkongsi ilmu.

Saya masih newbie, tetapi saya bertekad ingin belajar untuk fokus pada blogging, pemasaran Internet dan affiliate. Kalau tidak sekarang bila lagi, ini kerana saya ada masa dan ingin mencuba. Saya tidak mahu hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Berhabis Duit

Sudah beratus saya habiskan untuk membeli e-book, panduan SEO, domain dan hosting. Tidak lupa juga promosi ebook untuk pemasaran internet di Google Adwords dan FbAd, banyak juga USD yang terbang. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan praktikkan. Mata pulak dah naik berpinar mengadap skrin komputer dan baca ebook.. Tetapi ini sudah minat saya, kadang-kadang isteri pun bising kerana asyik mengadap komputer sahaja. Janji kita pandai bahagikan masa.

Sebelum ini saya memang sudah ada blog lain, dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tapi macam carca merba, kejap cerita pasal artis,kejap cerita pasal google Adsense, tips dan macam-macam lagi. Saya tidak kemana arah tujuan blog saya, lebih kepada cuba untuk bermain SEO. Tapi alhamdulillah, memang pernah cashout Adsense dan dapat cek dari Nuffnang. Tapi itu cerita dulu, sekarang sudah lain.

Harapan

Saya percaya kepada konsep memberiĀ  dan berkongsi ilmu dan panduan, Allah SWT akan gandakan kefahaman dan rezeki kita. InsyaAllah saya akan kongsi setiap ilmu baru yang saya dapat dalam dunia internet ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua, Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *