Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum ini ada saya kongsikan 5 Tips untuk memilih Domain. Untuk perkongisan kali ini, saya ingin menunjukkan cara mudah untuk Add On Domain. Add On Domain memboleh kan kita linkkan domain baru kepada hosting yang sedia ada.

Contohnya, anda sudah membeli domain dan hosting  di Sempoihosting. Kemudian anda ingin menambah domain ke 2, dan beli di Godaddy.com. Anda tidak perlu membeli hosting lagi di Godaddy.com. Anda hanya perlu link kan domain ke 2 anda ke Sempoihosting. Proses ini dinamakan Add On Domain.

Dalam bahasa mudah, anda meletakkan alamat baru (domain baru) ke rumah lama (hosting lama) anda. Ini dapat menjimatkan kos hosting anda. Mari saya tunjukkan caranya. Dalam contoh ini saya akan tunjukkan add on domain dari domain Godaddy kepada hosting Sempoihosting.

Cara untuk Add On Domain

Bahagian 1

Pertama sekali dapat kan NAMESERVER Hosting anda. Nameserver Hosting biasanya akan diemail kepada anda berserta informasi tentang Hosting anda. Jika tiada, anda boleh email hosting anda dan minta maklumat tentang nameserver hosting tersebut.

Untuk SempoiHosting, Nameserver nya adalah : ns1.sempoi02.com dan ns2.sempoi02.com

Nameserver ini penting untuk anda ubah Nameserver domain anda agar link kepada hosting anda. Dalam contoh ini, saya akan letak nameserver Sempoihosting di Godaddy.com.

Login ke godaddy, pergi ke manage domain. Pilih domain baru anda dan klik manage domain.

DNS Setting

Selepas itu, pilih manage nameserver, anda akan lihat interface seperti di atas. Klik manage di bahagian Nameservers. Tambah Nameserver sempoihosting seperti di bawah.

Bahagian 2

Langkah seterusnya ialah letakkan domain baru anda di hosting Sempoihosting.

Login ke cpanel Hosting anda, domainanda.com/cpanel

Cari bahagian Domains, dan klik Add On Domain.

Masukkan detail domain anda beserta password, kemudian klik Add Domain.

Pastikan password and simpan di tempat selamat.

 

addon domain

Itu sahaja 2 langkah mudah untuk Add On Domain di hosting anda.

Mudah bukan untuk link kan domain baru anda kepada hosting sedia ada. Selepas ini anda boleh install wordpress atau buat subdomain baru di domain baru anda.

Selamat mencuba.

Dapatkan 3 Premium Wordpress Theme FREE

Dapatkan 3 Premium Wordpress Theme FREE

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!

%d bloggers like this: