Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Com Keys Meaning Domain Name Or Internet

Semalam waktu sedang khusyuk menaip entri di blog, sempat juga saya membaca email dari Sempoihosting. Ingatkan email notification beritahu dapat duit ke, rupanya-rupanya email minta duit sewa. Diam tak diam sudah setahun domain dan hosting azlanraof.com bersama dengan sempoihosting. Saya mula membeli ketika baru beberapa bulan di Turkey.

Mula-mula tu memang semangat untuk menulis, selepas itu semangat yang membara itu padam seketika mungkin masih mencari sesuatu ketenangan di sini. Maklumlah tempat baru, selepas itu beberapa bulan di sini, kami berpindah lagi untuk lebih selesa dan untuk lebih hampir ke office. Mungkin itu menyebabkan saya mengambil masa untuk settle down sekejap untuk membiasakan dengan rutin harian.

Apa pun, perjuangan mesti diteruskan. Blog ini lebih kepada perkongsian saya dalam arena blogging, cpanel, hosting dan template/plugin wordpress. Saya mesti fokus satu blog untuk satu niche, untuk mengelakkan blog saya jadi nasi goreng campur. Semua benda hendak ditulis di dalam satu blog. Kadang-kadang merapu jer lebih, so lebih baik fokus kepada satu niche. Tidak perlu tamak.

 

So far so GOOD

Sepanjang bersama Sempoihosting, tiada masalah besar yang saya hadapi. Cuma biasala site down 2 3 minit. Itupun dilaporkan oleh plugin Jetpack yang menghantar notifikasi ke email saya. Selain daripada itu tiada masalah. Pakej yang saya ambil bersama Sempoihosting adalah langganan RM150 setahun untuk hosting tidak termasuk domain. Nasib baik saya sudah bayar awal untuk langganan domain, sebab maklumlah USD semakin mahal sekarang. En Shut masih mengekalkan harga lama, tetapi tidak tahu sampai bila. Jika keadaan mata wang ringgit semakin teruk, mungkin harga akan dinaikkan. Ada orang kata di Malaysia, hujan je yang turun yang lain semua naik. Tambahan lagi dengan harga tol yang akan dinaikkan pada 15 Oktober 2105 ini. Bertabahlah wahai rakyat Malaysia semua.

Keluar Dari Ruang Selesa

Apa yang saya boleh katakan di sini, hidup mesti diteruskan. Masalah akan sentiasa ada dalam hidup anda. Tidak kira di mana anda berada. Banyakkan bersabar, tingkatkan usaha dan banyak merintih kepada Yang Maha Kuasa. Semoga doa kita akan dimakbulkan. Rezeki ada di mana-mana, yang penting kena berusaha lebih kuat. Cari dalam diri anda apa yang anda minat, kalau minat berniaga boleh berniaga cari modal dan produk. Kalau minat menulis boleh buat novel atau blog online.

Mungkin dengan kenaikan harga tol, anda akan keluar dari ruang selesa anda. Anda akan lebih kreatif dan inovasi untuk mencari pendapatan sampingan. Contoh adik saya yang sudah mula berniaga Aiskrim Potong sambil menguruskan Homestay Tangkak di Ledang Johor. Jawapan untuk setiap masalah ada dalam diri anda.

Jumpa lagi pada entri akan datang.

Dapatkan 3 Premium Wordpress Theme FREE

Dapatkan 3 Premium Wordpress Theme FREE

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!